
عن ابى رقية تميم بن اوس الدارى رضى الله عنه: ان النبى صلى عليه وسلم قال: الدين النصيحة. قالنا: لمن؟ قال: لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
DARIPADA ABU RUQAYYAH TAMIM BIN AUS,BAHAWA RASULLAH SAW BERSABDA: "AGAMA ADALAH AN-NASIHAH." KAMI BERTANYA: "UNTUK SIAPA?" JAWAB BAGINDA: "UNTUK ALLAH, KITAB-NYA, RASUL-NYA DAN BAGI PARA IMAM-IMAM MUSLIMIN DAN SELURUH MUSLIMIN (SELAIN UMAM-IMAM)."
HADIS RIWAYAT IMAM MUSLIM
ISI KANDUNGAN HADIS
- An-nasihah untuk Allah: beriman keada Allah, tidak mengingkari sifat-sifat-Nya dan menolak syirik terhadap-Nya.
- An-nasihah untuk kitab Allah: beriman dengan kesemua kitab-kitab samawi yang diturunkan oleh Allah SWT.
- An-nasihah untuk Rasullah SAW: membenarkan risalahnya, beriman dengan semua perkara yang didatangkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.
- An-nasihah untuk para imam muslimin: untuk para pemerintah umat islam, para ulama' dan golongan islah (mereka yang memperbetulkan penyelewengan).
- An-nasihah untuk umum muslimin: membri tunjuk ajar kepada mereka demi kepentingan akhirat dan dunia mereka.
- Bentuk-bentuk An-nasihah yang paling besar: memberi nasihat kepada sesiapa yang meminta nasihat.
- adab An-nasihah di dalam Islam:-
sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, maka Allah akan menutup
keaibannya di dunia dan akhirat.
- Hukum An-nasihah: fardu kifayah-sesiapa yang melaksanakannya akan diberi balasan kebaikan dan akan menggugurkan kewajipan dari bahu orang yang lain.
- tanggungjawab An-nasihah perlulah dilaksanakan sekadar kemampuan, iaitu si pemberi nasihat mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, ditaati dan dirinya terselamat daripada perkara-perkara yang dibenci. Sekiranya dia takut terhadap keselamatan dirinya daripada sebarang penyeksaan maka dia mempunyai pilihan.