selamat datang/ahlan wasahlan

salam taujihat buat semua....syukran/terima kasih/thanks krn melawat blog ini....jika ada sebarang kekurangan @ kecacatan @ penambahan,sila hantar msg ke mangkuk_88@yahoo.com
SABDA RASULLAH SAW

"PERBANYAKAN MEMBACA AL-QURAN (MENGULANG-ULANG BACAAN) KERANA IANYA IBARAT UNTA LIAR YANG AKAN TERLEPAS JIKA TIDAK DIIKAT"

Sunday, 6 July 2008

AGAMA ADALAH NASIHAT


عن ابى رقية تميم بن اوس الدارى رضى الله عنه: ان النبى صلى عليه وسلم قال: الدين النصيحة. قالنا: لمن؟ قال: لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم

DARIPADA ABU RUQAYYAH TAMIM BIN AUS,BAHAWA RASULLAH SAW BERSABDA: "AGAMA ADALAH AN-NASIHAH." KAMI BERTANYA: "UNTUK SIAPA?" JAWAB BAGINDA: "UNTUK ALLAH, KITAB-NYA, RASUL-NYA DAN BAGI PARA IMAM-IMAM MUSLIMIN DAN SELURUH MUSLIMIN (SELAIN UMAM-IMAM)."

HADIS RIWAYAT IMAM MUSLIM


ISI KANDUNGAN HADIS

  • An-nasihah untuk Allah: beriman keada Allah, tidak mengingkari sifat-sifat-Nya dan menolak syirik terhadap-Nya.
  • An-nasihah untuk kitab Allah: beriman dengan kesemua kitab-kitab samawi yang diturunkan oleh Allah SWT.
  • An-nasihah untuk Rasullah SAW: membenarkan risalahnya, beriman dengan semua perkara yang didatangkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.
  • An-nasihah untuk para imam muslimin: untuk para pemerintah umat islam, para ulama' dan golongan islah (mereka yang memperbetulkan penyelewengan).
  • An-nasihah untuk umum muslimin: membri tunjuk ajar kepada mereka demi kepentingan akhirat dan dunia mereka.
  • Bentuk-bentuk An-nasihah yang paling besar: memberi nasihat kepada sesiapa yang meminta nasihat.
  • adab An-nasihah di dalam Islam:-
#hendaklah memberi nasihat dan menegur saudaranya secara rahsia kerana
sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, maka Allah akan menutup
keaibannya di dunia dan akhirat.


  • Hukum An-nasihah: fardu kifayah-sesiapa yang melaksanakannya akan diberi balasan kebaikan dan akan menggugurkan kewajipan dari bahu orang yang lain.
  • tanggungjawab An-nasihah perlulah dilaksanakan sekadar kemampuan, iaitu si pemberi nasihat mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, ditaati dan dirinya terselamat daripada perkara-perkara yang dibenci. Sekiranya dia takut terhadap keselamatan dirinya daripada sebarang penyeksaan maka dia mempunyai pilihan.

No comments: